Monday, 9 March 2020

KUN FAYAKUN

Assalamualaikum,

Lama blog ni ditinggalkan dek kerana sibuk. 

Pagi tadi checkup kali kedua di klinik kerajaan.  Baby 2020 dah masuk 14 minggu. Walaupun checkup ambil masa hampir 4 jam tapi rasa happy sebab hari ni nurse bagi dengar denyutan jantung baby. Lain-lain hb ok,  gula ok, n etc. 

Baby 2020 aku suka-suka je bagi nama sebab masa buat upt result positif ni pd 1/1/2020. Laju je naik double line. Masa tu aku was-was lagi mengandung ke tak mengandung ni. Kot salah makan sebab selama bertahun-tahun cek upt x pena double line 😂.

Hari ni juga husband ada interview jawatan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Memang tak dapat la dia nak teman wife dia g checkup. Harap adalah rezeki husband atau rezeki baby sebab selama ni husband kerja swasta, katanya nak juga la rasa kerja kat organisasi badan berkanun atau kerajaan ni macam mana. Apa-apalah husband yang penting dikau bahagia 😂.