Friday, 2 October 2020
BABY 2020: 39 MINGGU 4 HARI
Friday, 21 August 2020
38 MINGGU
Assalamualaikum...
Hari ni baby dah 38 minggu. Belum ada tanda nak keluar lagi. Ibunya macam biasa masih bawa kereta pergi kerja. Kerja pun masih banyak pending sebab nak kejar mesyuarat bulan September 2020 nanti.
Pagi ni pergi Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8, Putrajaya sebab nak minta advice daripada doktor samada bersalin normal atau ceaser. Menurut doktor dua-dua pun ada risiko so buat keputusan bersalin normal. Sebelum jumpa doktor tu sempat scan, baby dah membesar dengan jayanya. Berat untuk 38 minggu 3.1 kg. Masa 36 minggu baru 2.5 kg. Ini semua sebab ibu berselera sangat makan dekat hujung-hujung ni. Harap walau berapa pun berat baby Allah permudahkan urusan bersalin nanti. Amin Ya Allah Ya Mujib.
Esok kalau sempat nak pergi belajar buat Japanese Cotton Cake, Pucci Marble Cake dan Marble Cheese Cake. Harap sempatla belajar 3 jenis cake ni sebelum bersalin.
Hari isnin 24 Ogos 2020 harijadi husband. Kot baby ni nak keluar sama dengan hari jadi ayahnya haaa senang nak sambut majlis harijadi sekali dua orang kelak.
Sekian coretan harini.
xoxo