Wednesday, 6 May 2020

DETAIL SCAN

Assalamualaikum

Hari ni genap 22 minggu 4 hari baby2020. Baby membesar dengan jayanya. Gerakan pun makin aktif walau ibu berpuasa. Checup di klinik sebelum masuk bulan Ramadhan hari tu, sempat tanya nurse n doktor samada boleh berpuasa atau tidak. Kedua-duanya kata berpuasa macam biasa. 

Sementara masih PKP ada promotion kat Klinik Dr.  Najwa Presint 15, Putrajaya tuk scan baby. Memang right timing sebab plan nak buat detail scan. Ada member bagitahu buat detail scan lagi bagus banding scan 3D/4D/5D sebab detail scan sonographer terlatih atau pakar O&G (yang mempunyai latihan khusus) akan cek organ dalaman seperti otak, muka, paru-paru,  buah pinggang,  usus, tulang belakang dan sebagainya. Dengan cara ini kecacatan pada janin dapat dikesan. Berbanding scan 3D/4D/5D, ianya lebih  kepada kepuasan siibu untuk melihat muka janin yang comel untuk siibu simpan dalam album atau facebook 😂. Bawah ni harga promotion sempena PKP. 

Masa buat detail scan tu, dr kata semua normal... Alhamdulillah.. Siap boleh tengok baby tengah menguap,  mengunyah dan duduk bersila 😂 Comel je tengok. Masa nak tengok jantina tu la tym dia bersila. So,  doktor suh gi jalan-jalan 5 minit supaya baby berubah posisi. Haa lepas lima minit cek semula nampak dah.  Doktor cuba jg scan 3D/4D/5D tapi muka baby tak jelas lagi sebab masih kecik. It's ok la. Muka anak mestilah ikut muka ibu ayah dia juga nanti kan.

Apa-pun syukur Alhamdulillah. Semoga baby sentiasa diberi kesihatan yang baik agar baby ni lahir menjadi anak soleh yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Amin Ya Allah Ya Mujib.

Sekian.