Lama Allah bagi ibu dan ayah honeymoon. 4 tahun lebih sebelum baby Alim lahir ke dunia. Orang kata sabar itu manis. Allah SWT beri pada waktu yang tepat.
Ibu ingat lagi due 5/9/2020. Minggu terakhir sebelum Alim lahir, hari-hari berteka-teki bila baby nak keluar ni, sakit contraction tu bagaimana? Semua orang ibu tanya dan semua bagi jawapan berlainan. Yelah, masing-masing ada pengalaman yang berbeza.
1 september 2020, ibu start contraction selepas isyak sampai ke pukul 1 pagi pun tak stop dan tak boleh tidur . Berulang alik ke toilet banyak kali. Bila tak tahan ambil keputusan ke hospital cek. Bila cek ingatkan doktor suruh balik rupanya doktor tak bagi balik sebab contraction tinggi walau bukaan baru 1cm.
Bermulalah perjuangan untuk melahirkanmu ke dunia nak..
No comments:
Post a Comment